Thursday, October 31, 2013

Ya Allah, selamatkanlah institusi rumahtangga dari sebarang gejala merosakkan, dar dalam atau luar.

Ameen.

.


Pagi itu,
Sedang membaca cardio,
Dia datang, duduk di hadapanku,
Dan tanpa segan-silu mengacauku.

Meluahkan setiap yang terbuku di hati,
Aku? Tersenyum dan membebel,
Dalam hati, kagum dengan si dia ini.

"abang, doakan aku. Kau kan selalu duduk surau.mesti banyak buat pahala.ke kau banyak buat dosa?"

"insyaAllah aku doakan. Kau belajar rajin-rajin. Entahlah, aku pun tak tahu banyak buat pahala ke dosa."

-----

"eh, pandailah abang ni!"

"abang memang pandai pon, cuma tak tahu membaca dan menulis je."

---

"abang, awal 10 zulhijjah sunat puasa. Ko puasa tak?"

"tak. Tak larat. Iman aku lemah."

---

Precious.

Monday, October 21, 2013

.

Anisah Shamilah MS
Masa akan membantumu,
Jika kau terlebih dahulu berbuat baik dengannya,
mengisinya sepenuh mungkin dengan perkara bermanfaat.

tetapi yang lebih penting,
kau perlu terlebih dahulu,
mengizinkan sang masa untuk membantumu.

-nightmares,
Insomnia,
....

Ok, didn't expect it will get this worst.
Up u go!

Monday, October 7, 2013

Abang

P/s :conteng-conteng je.

Borak-borak dengan abang.

"eh, pandaaaai la abang ni." (nada gurau).

"abang memang pandai pun, cuma tak pandai baca dengan menulis je." balas abang bersahaja sambil terus bangun bergerak dari meja makan.

Haha....dushhhh..tajam sungguh.

---------------

Pagi-pagi pukul 7.30 - 8.00 pagi,

Dia tercegat depan muka pintu.

"nisah, jomlaaaa sarapaaann. Jomlaaa.!!"

----------------

Keluar jalan.

"abang nak apa-apa tak?"

"chatime. Belila perisa apa-apa. Takkan asyik coklat je."

----------------

Dia datang bawa handset,

-buka whatsapp group "mohd salleh's clan"

"nisah, ni eshah cakap apa?....pastu ni suwai balas apa?"

-----------------

"abang tak nak kawin ke? Tu haa budak kat kedai **** tu?"

" aah. Pastu nanti bolehla bagi dia makan pasir ke, daun ke." sambil gelak-gelak.

-----------------

Eventough you can neither read nor write,
You are still a champ!

Once, abah pernah cakap.

"haaa..nanti berebutlah ko adik beradik nak abang duduk sama dekat rumah. Yerla, sekarang ni bukan senang nak cari orang gaji."

Melihat orang mencari-cari suri rumah, rasa blessed ada abang boleh tengokkan dan jaga mak abah kat rumah.
-----------------

Thanks to whatsapp for making our conversations a lot more easier. 😁



Hehe - setelah dipaksa -

Hargai setiap orang, setiap bakat, setiap kesalahan, setiap peluang, setiap cabaran, setiap detik waktu.

Semoga abang dapat buat haji tahun depan dengan abah. Ameen.

- there's no reason at all to compare your life with others. Allah dah design elok-elok spesifically untuk tiap-tiap orang. -

Monday, September 16, 2013

1.

aduh, masih belum selesai lagi?
senyap-senyap dia mematuk mangsanya.

dia pandai,
mangsa yang kelemahan, yang kurang berdaya yang dibelitnya,
dipatuknya berkali-kali.

sehingga longlai mangsa itu.
hanya air mata jadi penawar.
apakan daya, si dia punya kuasa.
boleh berbuat apa sahaja.

aku,
penonton tidak berdaya.
ditelan mati emak,
diluah mati ayah.
hanya mampu melihat dan terus melihat.

berdoa agar si dia sedar luka yang dia berikan,
dan si mangsa punya hati besar untuk sentiasa memaafkan,
semoga tidak putus pahala.

semoga tiada lagi yang cedera.

aku jadi benci duit,
kerana itu semuanya di pandangan dia.
aku jadi benci pangkat dan kejayaan,
kerana itu cara dia menilai manusia.

Allah, KAU lebih tahu hikmah di sebalik aturanMU, 
ajarkan kami kesabaran, keredhaan, dan hikmah aturanMU,

Allah, ajar aku agar tidak membenci,
Allah, didik aku agar tidak menyakiti,
Allah, bantu aku untuk terus menghambai,

Allah, sekuat mana yang kau mampukan aku,
sehebat mana yang kau mampukan aku,
tolong ajar aku agar tidak menyakiti,
hatiku atau hati selain hatiku.