Monday, September 16, 2013

1.

aduh, masih belum selesai lagi?
senyap-senyap dia mematuk mangsanya.

dia pandai,
mangsa yang kelemahan, yang kurang berdaya yang dibelitnya,
dipatuknya berkali-kali.

sehingga longlai mangsa itu.
hanya air mata jadi penawar.
apakan daya, si dia punya kuasa.
boleh berbuat apa sahaja.

aku,
penonton tidak berdaya.
ditelan mati emak,
diluah mati ayah.
hanya mampu melihat dan terus melihat.

berdoa agar si dia sedar luka yang dia berikan,
dan si mangsa punya hati besar untuk sentiasa memaafkan,
semoga tidak putus pahala.

semoga tiada lagi yang cedera.

aku jadi benci duit,
kerana itu semuanya di pandangan dia.
aku jadi benci pangkat dan kejayaan,
kerana itu cara dia menilai manusia.

Allah, KAU lebih tahu hikmah di sebalik aturanMU, 
ajarkan kami kesabaran, keredhaan, dan hikmah aturanMU,

Allah, ajar aku agar tidak membenci,
Allah, didik aku agar tidak menyakiti,
Allah, bantu aku untuk terus menghambai,

Allah, sekuat mana yang kau mampukan aku,
sehebat mana yang kau mampukan aku,
tolong ajar aku agar tidak menyakiti,
hatiku atau hati selain hatiku.



No comments:

Post a Comment